Hari/Masa : Isnin, 7 Oktober 2019, 8.00 a.m - 5.00 p.m
Tempat :Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (BTPN)
Aktiviti :
Dalam Pejabat -
Sesi pengenalan bersama Ketua Unit iaitu En.Adnan Bin Ghazali. Penerangan tentang latar belakang BTPN. Penerangan tentang skop tugasan projek yang boleh dilakukan sepanjang berada di sana. Penyerahan borang- borang praktikal untuk pengesahan tandatangan dan cop rasmi pejabat.
Makmal Komputer -
Sesi pengenalan bersama rakan- rakan praktikal yang baru. Diberi tempat yang selesa dan tugas untuk menjaga makmal komputer sepanjang menjalankan latihan praktikal.
Hari/Masa : Selasa, 8 Oktober 2019, 8.00 a.m - 5.00 p.m
Tempat :Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (BTPN)
Aktiviti :
Makmal Komputer -
Mencari maklumat berkaitan projek yang ingin dijalankan.
Bilik Unit -
Berjumpa dengan En. Adnan iaitu Penyelia projek saya. Berbincang tentang contoh-contoh projek yang boleh dilakukan seperti Augmented Reality(AR), Video Advertisement dan game. Mendapat nasihat dan tunjuk ajar untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.
Makmal Komputer -
Membantu memasang peralatan dan belajar menggunakan kamera. Belajar menggunakan aplikasi Wirecast dan menyunting video secara langsung bersama En.Yusopp.
Hari/Masa : Rabu, 9 Oktober 2019, 8.00 a.m - 5.00 p.m
Tempat :Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (BTPN)
Aktiviti :
Makmal Komputer -
Memasang Perisian Unity. Mencari maklumat berkaitan pojek
Bilik OSMAC -
Bergotong-royong bersama rakan-rakan praktikal dan Staf BTPN membersihkan bilik OSMAC. Membantu mengubahsuai kedudukan meja. Menyusun komputer mengikut susunan yang betul. Membersihkan Stor.
No comments:
Post a Comment